Penyebab MC dalam trading Forex.



MC singkatan kepada Margin Call yang membawa maksud kekurangan margin dalam akaun trading atau habis kesemua modal pelaburan.

Anda pernah tak MC tapi masih lagi nak melibatkan diri dalam Forex? Modal dah banyak habis tapi masih tak serik-serik nak trade. Pernah tak?


Kami di Roket Forex yakin anda pernah merasai MC sekurang-kurangnya sekali sepanjang melibatkan diri dalam Forex. MC ni selalu jadi pada newbie malahan ada juga dari kalangan trader lama kerap MC tapi masih belum serik. Tahu kesilapan selepas MC tapi lepas deposit masih lakukan kesilapan yang sama.

Secara umumnya penyebab MC adalah daripada perancangan trading yang tidak mengikut SOP. Perkara wajib sebelum entry ditinggalkan menyebabkan mereka berpotensi untuk loss malahan MC. Ada 4 penyebab Margin Call:


  1. Entry tanpa SL/Stop loss
  2. Tak berani nak cut loss
  3. Entry dengan lot yang terlalu besar
  4. Entry dengan layer yang terlalu banyak


Mari kita huraikan satu per satu penyebab MC.



Pertama, entry tanpa SL. 

SL berupaya untuk mengelakkan trader daripada kerugian terlalu banyak. Tanpa SL trader boleh kerugian besar atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan MC. Perkara ini selalu terjadi apabila trader berharap floating loss menjadi positif. Bayangkan dalam satu situasi sewaktu anda sedang seronok menikmati entry yang sedang membiru tiba-tiba talian internet terputus. Bila internet sudah ada semula tengok entry yang positif tadi bertukar merah negatif. Tunggu-punya tunggu angka merah jadi makin besar. Takut rugi anda biarkan floating loss dengan harapan perjalanan market berubah arah. Akhirnya modal tak cukup untuk menampung kerugian dan akhirnya MC.


Kedua, tak berani nak cut loss.

Sambungan daripada SL. Ini bagi mereka yang sudah floating loss tapi takut nak cut loss. Market dah jalan jauh berlawanan dengan entry tapi masih bertahan dengan harapan perjalanan market akan berpatah balik mengikut entry. Malangnya market terus meneruskan perjalanan. Hati dan perasaan masih lagi tak nak cut loss.




Ketiga, entry dengan lot terlalu besar.

Modal ada $100 tapi setiap entry masuk lot $1. Gunakan full margin. Sekalipun analisis yang anda lakukan adalah tepat, sekiranya market ambil nafas berlawanan arah, entry akan terus floating loss. Lebih teruk kalau market pusing jauh sampai modal tak cukup nak tampung floating loss yang akhirnya membawa kepada MC. Disebabkan itu anda perlu jaga money management. Jangan terlalu tamak.


Keempat, entry dengan layer yang terlalu banyak

Juga berkaitan dengan perkara ketiga, sekalipun masuk dengan lot yang kecil kalau layer terlalu banyak pun boleh membawa kepada MC. Ada kalanya market tidak seperti yang kita jangkakan. Layer banyak-banyak sebab yakin dengan analisa tapi bila layer melebihi kemampuan modal boleh berlaku MC sekalipun layer anda lakukan betul. Sekiranya market mengambil pusingan yang agak jauh berbanding analisa, akaun anda boleh MC.


Kesimpulannya setiap entry yang kita lakukan berisiko untuk rugi. Apa yang dapat menghalang daripada MC adalah dengan mengelakkan empat perkara diatas. Analisis tepat sekalipun sekiranya tidak menjaga money management anda berpotensi untuk MC. Lebih baik mencegah daripada MC.


Apa lagi antara penyebab MC?

Berikan pandangan anda di ruangan komen.
Penyebab MC dalam trading Forex. Penyebab MC dalam trading Forex. Reviewed by Roket Forex on 08:39 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.