Mengenali apa itu Forex.



Sebelum terlibat dengan Forex adalah sebaiknya kita mengenali apa itu Forex untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam. Kami di Roket Forex akan terangkan secara mudah dan ringkas kepada anda. Lebih cepat anda faham lebih mudah untuk anda mempelajari Forex.

Forex atau FX merupakan singkatan untuk 'foreign exchange' atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai 'pertukaran matawang'. Aktiviti ini berlaku adalah dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.



Situasi untuk memudahkan anda anda faham. Rujuk gambar dibawah.

Pada 23 Januari 2019 USD1 bersamaan dengan RM4.14. Anda pergi ke money changer pada hari ini dan perlukan USD100, bermaksud anda perlukan RM414 sebagai pertukaran. Katakan bulan hadapan nilai USD semakin mahal, USD1 bersamaan dengan RM4.40. Jika ada tukarkan USD100 yang anda lakukan sebelum ini kepada RM, anda akan untung dan menerima RM440 daripada pertukaran tersebut. Bermaksud anda mendapat keuntungan sebanyak RM26 daripada pertukaran matawang dalam tempoh satu bulan.

Pasangan matawang USD dan MYR adalah salah satu daripada pasangan matawang yang terlibat. Ada banyak lagi matawang yang terlibat dalam Forex dimana transaksi yang dicatatkan oleh Bank Penyelesaian Antarabangsa (BIS) pada tahun 2016 sebanyak $5.1 trilion sehari.

Kebanyakkan transaksi besar dilakukan oleh bank-bank komersial, bank-bank pusat dan syarikat multinasional, ada juga beberapa pelabur yang mencari risiko yang sentiasa sedia untuk terlibat dalam pelbagai jenis spekulasi hanya untuk mendapat keuntungan.

Di antara mereka adalah pedagang-pedagang runcit tipikal – individu yang berdagang setiap hari/minggu untuk meraih keuntungan. Kebanyakan daripada mereka mengkaji berita politik dan ekonomi, pengumuman statistik dan ucapan awam orang-orang berpengaruh untuk mentafsir pergerakan harga sesuatu matawang di masa hadapan.

Yang lain pula bergantung kepada indikator teknikal tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di dalam dunia kewangan. Anda juga boleh menjadi seorang pedagang Forex dan menyertai golongan usahawan matawang.


Dalam dunia teknologi ini semua aktiviti perdagangan matawang boleh dilakukan secara online saja. Ada platform trading, dimana anda boleh lihat harga naik dan turun matawang. Caranya, perlu masukkan duit sebagai modal. Ada button “BUY” dan “SELL”. Jadi gunakan modal anda itu untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa untuk jana keuntungan.

Forex trading ini dikendalikan secara online. Anda hanya perlukan komputer dan talian internet untuk trade forex.  Pasaran forex ini buka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari, iaitu bermula pada pukul 5 pagi hari isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari sabtu. Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk anda trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

Jika anda seorang yang bekerja dan pergi kerja pagi pukul 8, balik pukul 5 pun anda masih mempunyai masa untuk lakukan aktiviti trading pada malamnya. Begitu juga jika anda seorang pekerja shift, pasaran forex di buka 24 jam sehari, anda jangan risau, bila-bila masa sahaja anda boleh trade forex.

Sekiranya anda ingin terlibat dalam Forex, kami dari Roket Forex sangat mengalu-alukan kedatangan anda. Anda boleh baca artikel/tutorial seterusnya.

Ianya ditulis untuk memperkenalkan anda kepada asas-asas Forex dan menjelaskan kepada anda di dalam bahasa yang mudah bagaimana untuk berdagang matawang. Ini akan menjadi langkah pertama anda dalam menjadi trader Forex yang berjaya.

Sila ke artikel kami yang seterusnya untuk terus membina kemahiran perdagangan anda.

Selamat berjaya!
Mengenali apa itu Forex. Mengenali apa itu Forex. Reviewed by Roket Forex on 04:34 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.