Ketahui asas wajib Forex


Sebelum memulakan pelaburan dalam Forex anda wajib tahu asas kerana tanpa asas anda seolah-olah membuang duit pelaburan begitu saja. Percayalah, tanpa teknik yang mahal dijual diluar sana pun anda masih boleh mendapat keuntungan asalkan berjaya menguasai asas. Lagipun kebanyakkan teknik yang dijual juga merupakan asas dalam Forex.

Tapi sebelum mula trade Forex anda perlu ada ini:
  1. Gadget - Tidak kira smartphone, tab atau ipad, pc desktop atau laptop. Ini yang anda akan gunakan untuk memasang platform untuk trade Forex.
  2. Sambungan internet - Trade Forex memerlukan internet untuk melakukan belian dan jualan.
  3. Persiapan diri - mental dan fizikal kerana dalam Forex anda akan lebih banyak bergelut dengan diri sendiri berbanding pasaran Forex. Biasanya perkara yang selalu dialami oleh trader adalah bergelut dengan perasaan tamak dan membalas dendam pada market sehingga kerugian semua modal.



Sekarang kita boleh beralih kepada asas. Ini antara asas Forex yang Roket Forex wajibkan kepada anda untuk tahu:

  1. Candlestick
  2. Support and Resistance
  3. Timeframe
  4. Trend - Uptrend Downtrend 
  5. Candlestick Reversal Pattern
  6. Currency Strength



Candlestick

Berbentuk seperti lilin. Dalam terminal MT4 ada tiga pilihan. Anda dapat pilih sama ada nak guna line chart, bar chart ataupun candlestick chart. Pilih salah satu untuk dikuasai. Untuk pembelajaran, kami sarankan anda pelajari candlestick.

Cuma ada dua candlestick yang perlu anda tahu, bullish dan bearish. 

  • Bullish merujuk kepada Buy

  • Bearish merujuk kepada Sell.

High - Merujuk kepada harga tertinggi pasaran telah pergi sebelum candle close 
Low - Merujuk kepada harga terendah  pasaran telah pergi sebelum candle close.
Open - Merujuk kepada masa pasaran dibuka
Close - Merujuk kepada masa pasaran ditutup(candle close)



Support and Resistance

Support and Resistance dalam singkatan S&R, SnR, atau S/R.  merupakan bahagian yang sering kali anda akan jumpa ketika melakukan analisa.

Secara mudahnya Support boleh dikatakan bahagian Lantai manakala Resistance boleh dikatakan bahagian Siling.

Pasaran yang tidak berjaya menembusi Support(lantai) cenderung untuk mencari Resistance(siling) - Posisi BUY boleh dibuka

Pasaran yang tidak berjaya menembusi Resistance(siling) cenderung untuk mencari Support(lantai)- Posisi SELL boleh dibuka.



Timeframe

Time Frame ialah jangka masa ataupun tempoh masa bagi setiap candlestick yang digunakan. Lebih kecil time frame, bermaksud graf akan menunjukkan pergerakan yang lebih kecil dan pantas. Makin besar time frame, makin besarlah tempoh masa pergerakan graf yang ditunjukkan dan lambat untuk siap.

Dari dalam platfrom MetaTrader(MT4) terdapat beberapa jenis Time Frame yang boleh digunapakai.

TIME FRAME JANGKA MASA

M1 = 1 Minit | M5 = 5 Minit | M15 = 15 Minit | M30 = 30 Minit
H1 = 1 Jam | H4 =  4 Jam
D1 = Daily | W1 = Weekly | MN = Montly

Jika anda pilih H1, maksudnya satu batang candlestick pada graf H1, mewakili pergerakan graf pada tempoh 1 jam.

Jika anda pilih M1, maksudnya satu batang candlestick pada graf M1, mewakili pergerakan graf pada tempoh 1 Minit.


Ini pula contoh penggunaan bagi timeframe mengikut trader.

Trader Scalping. 
Trader scalping biasanya membuka dan menutup transaksi dalam tempoh cepat, malahan hanya beberapa minit sahaja. Trader scalping biasanya menggunakan Time Frame M1, M5, atau maksima M30.

Trader Day Trading. 
Sesuai dengan namanya, "Day Trading" bermaksud membuka dan menutup transaksi forex dalam hari yang sama. Untuk Day Trading, biasanya trader akan gunakan Time Frame M30,  H1, ditambah H4 atau D1 untuk membandingkan Time Frame.

Trader Swing. 
Trader Swing kebiasaanya membuka dan menahan transaksi lebih dari sehari, minggu, malah bulan. Oleh sebab itu, Time Frame yang selalu digunakan antara H4 hingga W1 dan MN.


Trend

Trend atau trending market adalah satu keadaan dimana pasaran bergerak ke satu arah sama ada menaik(Uptrend) atau menurun(Downtrend).

Anda dapat lihat keadaan trend menaik dan menurun seperti di dalam gambar. Keadaan seperti tangga dinamakan sebagai reversal bermaksud pergerakkan pasaran melawan arah trend. Walaubagaimanapun pergerakkan ini hanyalah sementara dimana pasaran kemudiannya akan kembali mengikut trend sebelumnya.

Sewaktu membuat keputusan untuk membuka posisi sama ada buy ataupun sell sebaiknya anda mengikut arah trend. Ini merupakan cara yang selamat untuk trading Forex.



Candlestick Pattern

Jika anda membuat carian di Google, terdapat banyak candlestick pattern yang anda boleh lihat. Anda tak perlu tahu semua pattern tersebut, cukup sekadar memahami perkara yang akan berlaku apabila pattern tersebut muncul.

Berikut adalah senarai antara pattern yang biasa digunakan:


  • Hammer (Bullish Pinbar)
  • Shooting Star (Bearish Pinbar)
  • Hanging Man
  • Inverted Hammer
  • Doji
  • Harami (Inside Bar)
  • Dark Cloud Cover
  • Piercing Pattern
  • Bullish Engulfing (Bullish Outside Bar)
  • Bearish Engulfing (Bearish Outside Bar)
  • Morning Star
  • Evening Star

Mengenal candlestick pattern akan memudahkan anda untuk tahu bila masa yang sesuai untuk masuk dan keluar market.



Currency Strength

Trading menggunakan currency meter antara cara yang paling mudah. Anda cuma perlu monitor matawang yang kuat dan lemah kemudian cari pasangan matawang tersebut. Jika pergerakan masih lagi dalam fasa permulaan, anda boleh masuk untuk dapatkan keuntungan.

Contoh trade berdasarkan currency meter adalah seperti dalam gambar diatas. Matawang yang kuat melawan matawang yang lemah atau matawang yang lemah melawan matawang yang kuat.

NZD = kuat = semua pair yang bermula dari NZD/XXX = BUY , manakala semua pair yang berakhir dengan XXX/NZD = SELL.

JPY = lemah = tidak ada pair yang bermula dari JPY bermakna semua pair yang berakhir dengan XXX/JPY = SELL

Ini adalah contoh paling mudah untuk trade menggunakan currency meter.


Penerangan secara ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat keputusan dalam melakukan analisa dan entry. Dalam artikel yang akan datang kami akan berikan huraian yang lebih terperinci.

Kuasai asas ini, inshaAllah anda boleh kuasai teknik trading dengan lebih mudah.




Ketahui asas wajib Forex Ketahui asas wajib Forex Reviewed by Roket Forex on 13:30 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.